Wednesday, May 15, 2013

JAWATAN KOSONG SEBAGAI JURUTEKNIK KOMPUTER DI PERBADANAN LABUAN.





Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada
tarikh tutup 19 mei 2013 iklan jawatan, dipelawa untuk memohon jawatan di Perbadanan Labuan seperti
berikut:


JAWATAN : JURUTEKNIK KOMPUTER
GRED : FT 17
KLASIFIKASI PERKHIDMATAN  : SOKONGAN
KUMPULAN PERKHIDMATAN : SOKONGAN
TARAF JAWATAN : KONTRAK
BILANGAN KEKOSONGAN : 1 KEKOSONGAN
(PROJEK TERMINAL SEJAHTERA)

JADUAL GAJI :
Gaji Minimum RM952.66
 Gaji Maksimum  RM3,299.86
 Kadar Kenaikan Gaji Tahunan RM95.00

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
a) Sijil Pelajaran Malaysia  serta lulus subjek elektrik atau elektronik atau
teknologi maklumat pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
[ Gaji Permulaan : RM952.66 ] atau

b) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang
berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM1,010.77 ] atau

c) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang
berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM1,068.89 ] atau

d) Sijil dalam bidang teknologi maklumat atau prosesan data yang diiktiraf oleh
kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM1,243.24 ] atau

e) Sijil dalam bidang kejuruteraan elektronik (komputer) yang diiktiraf oleh
kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM1,417.59 ] dan

f) Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu  (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh Kerajaan.

Bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas-tugas merangkumi penyelenggaran sistem
komputer seperti penyelenggaraan pencegahan dan penyelenggaraan kelengkapan IT serta
tugas-tugas penyelenggaraan aplikasi perkomputeran dan operasi sistem dalam sesebuah
organisasi.

borang permohonan jawatan kosong
http://www.pl.gov.my/documents/10157/7ff15a4e-17f2-4656-962a-a6213a81253b
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Subscribe Now: Feed Icon

Kerja Kosong Di Labuan Headline Animator

FeedBurner FeedCount